Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 11 Ogos 2009

Anak Anugerah Ilahi........



Bile sebut pasal topik ni mesti macam-macam pendapat ada pada semua orang, maklumkah, topik ini sangat subjektif walaupun ada 2 jenis jantina je di dunia ni...ada orang ckap yang anak lelaki lebih senang jaga, stengah orang pulak ckp anak pompuan lebih senang nak jaga...
Pada aku yang hanya ada 3 orang anak pompuan, hanya boleh mengeluarkan pendapat tentang anak-anak pompuan jer.. Waktu doktor bagitau yang aku mengandungkan baby girl pada waktu kehamilan ke3 yang lalu, perasaan hampa memang ada terselit sedikit memandangkan peluang aku mengandung adalah amat terhad...tetapi, aku bersyukur sebab tuhan dah beri rezeki yang cukup bermakna pada aku....3 orang cahaya mata puteri yang comel dan manja....terlalu sayang sehingga aku x tau apa akan jadi pada aku kalau sesuatu berlaku pada mereka...buah hati ibu, pengarang jantung ibu...
Berbalik pada topik tadi, tak semua orang bertuah dapat memiliki anak...walaupun hanya anak pompuan sahaja, itu sudah memadai. persekitaran yang semakin mencabar memberi tekanan yang lebih kepada ibubapa sekarang dalam mendidik anak-anak agar dapat menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.
Sebagai seorang kaunselor yang banyak berhadapan dengan kes-kes remaja diluar jangkauan kita semasa melalui zaman remaja dahulu, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepadaku untuk berusaha membimbing permata hati, anak-anak agar tidak terpengaruh dengan budaya songsang yang sentiasa membelenggu masykt kita skang ni...kes remaja mengandung, dicabul, seks luar nikah, minat rempit dan sebagainya menjadikan aku semakin berhati-hati dalam mengasuh dan membimbing anak-anak...
Kadang-kadang terkilan betul dengan sikap ibubapa yang tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Ruang dan peluang anak-anak membesar di depan mata tidak digunakan dengan sepenuhnya dan semaksima yang mungkin. Kebanyakan ibubapa sering menyalahkan pihak sekolah sekiranya ada di antara anak-anak mereka yang terlibat dengan masalah disiplin di sekolah, terfikir...adakah semudah ini menjadi ibubapa...adakah ini contoh ibubapa yang terbaik???? Situasi seperti ini memberi kesedaran kepada ku bagaimana pentingnya aku menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak2 tersayang...walaupun hanya lima minit sahaja...tetapi aku amat menghargai peluang yang ada sementara kita diberi kesempatan...

0 ulasan: