Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 6 November 2009

selamat Berkonvo Anak-anakku...


Arini aku dan suami sempat menghadiri dan menyaksikan majlis konvokesyen anak-anak...hanani & haleeda.....

terharu betul rasenye dpt menyaksikan saat2 anak2 terima sijil....dah besar rupe2nye anak2ku ini....
Apa yang aku nak kongsikan bersama dlm entri kali ni ialah perasaan bile tgk anak2 mmbuat persembahan di dpn khalayak...tibe2 aku rasa dah tua...
paling mengharukan bile nani membuat persembahan sajak yg membuat ramai ibubapa menitiskan air mata trmasuk aku dan k.ira.....
nani kata nak buat suprise masa persembahan dia hari ini...rupe2nye ini suprise dia...

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu !

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Biila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku cuma.. ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ” ibuuuuuuuuuuuuu ”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter padaku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu


Kini, Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok.. aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari IBU
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada IBU
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat IBUKU
Bila nak bercuti.. aku bawa pasanganku
Bila sibuk.. aku hantar anak ke rumah IBU
Bila sambut ulangtahun.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Dulu Ibu kata : ”Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu ?
Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah.”

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

Apepun tahniah kepada anak2ku yang telah berjaya menghabiskan setahun sesi persekolahan di prasekolah Seri Mawar....
Saat pertama kali menyaksikan nani dan ida membuat persembahan membuatkan aku kagum dgn kebolehan anak2....alhamdulillah kerana diberi kesempatan menyaksikan saat berharga dalam hidup aku....

0 ulasan: