Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 26 Januari 2010

Cubit-cubit Hembus..............

Kali ni aku nak share berkaitan program Cubit-Cubit Hembus, khusus untuk pelajar yang lewat ke sekolah....
mulai minggu ni, sekolah telah mula menguatkuasakan waktu masuk ke sekolah...tepat 7.20pg.....sebelum ni pun memang le loceng berbunyi tepat 7.20 pagi tetapi pelajar dikira lewat apabila sampai di pintu pagar lima minit selepas itu....

semalam mencatat rekod dunia apabila hampir seratus pelajar ditahan sebab lewat...syok betul la sbb pendapatan SANGAT LUMAYAN pada hari itu...heheh

Kus semangat le sebab masing2 tak nak ambil bahagian untuk uruskan bab pelajar lewat tuh tapi aku tak kisah...yang penting aku kene buat sesuatu untuk hari tersebut..peranan aku bertukar dari seorang kaunselor yang baik hati kepada seorang guru disiplin yang PENUH BERTIMBANG RASA...hahahah....
pelajar-pelajar tak menyangka yang aku akan mengarahkan pengawas2 membuat pemeriksaan penuh...dari pakaian sampailah apa yang ada dalam beg...
alhamdulillah, pelajar-pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik dan aku juga merasionalkan tindakan aku berbuat demikian...well, bukankah semua guru adalah guru disiplin????Hasil dari pemeriksaan yang dijalankan, barang-barang yang terlarang dibawa ke sekolah ialah :
1. Rokok (15 batang)
2. Lighter (1 batang)
3. Lip balm
4. Cream rambut
5. Celak
6. Cermin muka / cermin pecah pun ade
7. Liquid paper (banyakkkkkk!!!!!!!!!!!!!0
8. Gunting
9. Barang tajam
10. Gambar x senonoh.....(pengawas yang bawak nih..!!!!)
.....bla...bla....aku rasa sekolah boleh buat garaje sale dengan barang-barang tadi...

Ape pun, tanggungjawab aku dan semua guru untuk memastikan agar budaya datang lambat ke sekolah tidak terus menjadi budaya. aku mengharapkan agar semua pihak termasuk guru-guru (dan jugak PKHEM) turun sama2 untuk memastikan program yang dijalankan berjalan dengan lancar..

ada cadangan dari Pn. Latifah (Guru Kanan Bahasa).....denda baca yaasin di tapak perhimpunan untuk pelajar-pelajar yang datang lewat....hmmmmm....good idea....!!!!
Tengoklah, aku cube besok...!!!!

0 ulasan: