Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 7 Mac 2010

Cita-cita Masa Kanak2


semalam aku sempat memunggah barang-barang mainan anak2 dalam kotak....tibe2 terjumpe satu benda yang bagi aku cukup mencuit hati.....set mainan peralatan doktor dan tagnya sekali....(sila lihat gambar di atas)....
Nani siap tulis nama manja dan perkara yang buat aku ketawa tak habis2 ialah nama hospital...bahagia....hahaha...oleh kerana hampir setiap minggu aku membawa anak2 meronda di keliling hospital bahagia tanjong rambutan...itulah satu2nya hospital yang paling glamer dalam hidup nani...(nani cukup marah bile aku sebut pasal ni...)

entri kali ni ialah berkaitan dengan kerjaya yang menjadi pilihan orang zaman dulu-dulu....
Masa darjah satu aku selalu buntu bila cikgu Vasanthi (guru kelas) buat temubual dengan aku pasal cita2 untuk dimasukkan ke dalam kad 001....


antara pekerjaan yang paling glamer masa zaman aku darjah satu (tahun 1985).......

  1. Doktor - ni pekerjaan tahap paling tinggi yang pernah aku jumpe zaman dulu2....mak kata...blajo pandai2...kang boleh jadi doktor......

  2. Misi a.k.a Jururawat - kerja ni pun agak glamer gak sbb lebih kurang macam doktor...cucuk orang sana sini...cume aku paling x suke dengan nurse gigi kat situ sbb dia sangat garang dengan budak2 skolah.....

  3. Kerja Kilang.....pekerjaan ni antara yang aku senaraikan masa dalam kad 001 dulu...hehehe

  4. cikgu - ni pun kerjaya yang aku pilih masa aku darjah satu

  5. surirumah - sebenarnya aku xtau pun apa maksud surirumah tu...hahahah......bile aku cakap kat cikgu vasanthi yang aku nak jadi surirumah...cikgu cume senyum simpul je (dalam hati mesti ketawa guling2 tahap gaban!!!) sambil berkata ....'zaleha.....cube pilih kerja lain pulak.....kalau kerja surirumah x dapat duit....'


zaman dulu, ramai pelajar yang macam aku yang duduk kat hujung peta dunia ni x terdedah langsung dengan kerjaya2 yang ada disekeliling kita...tak macam sekarang....dunia makin mencabar....pekerjaan pun dah semakin banyak di merata-rata tempat....surirumah pun dah boleh buat duit sendiri melalui online!!!!

bile aku tanye kat anak2 dan jugak anak sedara ape kerjaya mereka pilih bile besar nanti, ni jawapan mereka :

Nani : Cikgu Bahasa Melayu....semalam pulak dia tukar nak jadi cikgu kaunseling macam mak ayah dia...
Ida : Askar.......ataupun pekerjaan lain yang menggunakan senjata api!!!!
Ikah : Pereka Fesyen / Mak Andam
Abang helmi : Doktor
Nasuha : pakar Bedah
Fatin : Entah....
Abang ngah : Doktor Haiwan

hahaha...harap2 mereka dapat mencapai kerjaya yang mereka nak..........insyaallah!!!

0 ulasan: