Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 April 2010

Kenali Si Gedempol....

Biodata ...

Nama : Chinchilla a.k.a Si Gedempol
Alamat : Sama macam alamat rumah
No. telefon : Tiada perkhidmatan telefon untuk kucing disediakan
D.O.B : 18 Mac 2008
Jantina : Confirm Jantan!!!
Berat : 8.5 kg
Tinggi : 4 kaki
Tempat Lahir : Ipoh...Simpang Pulai
Hobi : Makan Berlebihan, Tidur Berlebihan
Makanan Kegemaran : IAMS, Multivitamin perasa coklat....
Nama Girlfriend : Aspalela Jr, Cumi, Bienda dan Janet Jackson

Entri kali ni memberi penghormatan khusus untuk Chincilla..si gemok gedempol yang menjadi penyeri kat tempat parking kereta di rumahku......
Chincilla ni aku bela sejak berumur 2 bulan setengah.....emmm....banyak kenangan bela dia ni...dulu2 macam dah nak mati sbb diserang fungus yang sangat teruk....tapi alhamdulillah, dapat bertahan sehinggalah hari ini...menjadi sihat dan mencapai tahap obesiti....cume pantang chincillah ialah mengelakkan dirinya dari bermain dengan air...sbb dia pantang nampak air dan akan berkubang kat situ jugak.....
girlfriend dia ramai, tapi skang ni dia tgh bercinta sakan dgn Aspalela J.....tapi masih lum mampu nak hasilkan zuriat..mgkin sbb dia dah obes kot...aku kene rancang plan diet untuk dia pas nih...
6 bulan lepas aku buat keputusan nak jual kat buyer yang berminat nak cari baka chincilla..buyer pun dah datang, aku pun dah masuk siap2 si gedempol ni dalam carrier dan nak dibawa ke kereta...tetibe je aku xdpt nak tahan air mata...terus aku amik balik chincilla....(buyer tu bengang sampai skang...heheh)....
so..aku buat keputusan yang aku akan bela si gedempol ni sampai bile2....alhamdulillah....dia tak menimbulkan sebarang masalah pada aku.....

Cume walaupun dia jantan.......tapi tidak berfungsi sepenuhnya menjaga kawasan rumah aku dari kucing2 jantan jiran2 aku.....geram gak sbb melebihkan tidur semata2......aku rasa macam nak potong elaun makan dia je....heheh

ape2pun..aku sayang dia......

0 ulasan: