Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 29 Ogos 2010

Informasi Pembedahan Caesarean

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?

Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses bersalin.
2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).
3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.
4. Kedudukkan bayi songsang atau melintang.
5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.
6 . Bayi terlalu besar.
7. Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..

Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;
1. Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2. Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan. Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbang terdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita. Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan.

" Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim. Pil vitamin dan logam yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu. Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah. Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah. Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut. Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun. Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ? misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratusSebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya. Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi. Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal? Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean. Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan. Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound. Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar. Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean. Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?

Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja. Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali. Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri. Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.

info dari : www.hamidarshat.com/content/view/70/218/

0 ulasan: