Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 18 Ogos 2009

Cara Yang Betul Makan Buah-Buahan...


CARA YANG SALAH

Kebanyakan daripada kita makan buah sebagai pemanis mulut atau ‘dessert’ selepas makan menu utama seperti nasi atau roti. Tekstur buah yang lembut menjadikannya senang dihadamkan berbanding nasi, daging, roti dan makanan lain yang biasa dijadikan hidangan utama. Buah terhadam akan tersekat dan akan terfermentasi sementara menunggu makanan berat dihadamkan. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses fermentasi akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan jus-jus pencernaan, keseluruhan makanan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.

CARA YANG BETUL

Makan buah apabila perut kosong atau sebelum mengambil hidangan utama. Cara ini sebenarnya adalah amalan RASULULLAH S.A.W. Apabila anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, sistem penghadaman anda akan dinyahtoksin seterusnya memberikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk proses penurunan berat badan dan aktiviti yang lain.

Sebaik-baiknya anda makanlah keseluruhan buah kerana ia akan membantu proses penghadaman, mengelakkan sembelit dan menyumbangkan vitamin dan mineral kepada badan anda. Buat jus buah sendiri kerana jus di pasaran sudah diproses dengan haba dan bahan kimia. Haba mungkin merosakkan nutrien dalam buah dan bahan kimia mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.

Padanle aku slalu makan buah lepas makan....perut aku tak turun2 pun, boncit lagi ade le....

mulai kini dan saat ini, aku akan makan buah2an dulu...gile2 babas punye banyak, baru makan nasik...hehehehe....

Amalan Rohani Mengelakkan H1N1...

Berbagai panduan telah diberikan untuk mengelakkan selsema babi antaranya; selalu basuh tangan, pakai penutup mulut dan hidung, jangan pergi tempat ramai orang berkumpul, jaga jarak (dua meter) dgn org sakit (selsema, batuk, bersin), minum air kelapa muda dll...

Sebenarnya amalan keruhanian dalam Islam adalah perisai yang cukup kuat untuk mengelakkan wabak tersebut.

Wuduk lima kali sehari lebih dari sekadar basuh tangan. Dalam wuduk, kita diajar basuh tangan hingga kesiku, muka, kepala, telinga dan kaki hingga buku lali...

Solat dan zikir menguatkan hati dan jiwa... Bila hati dan jiwa kuat, maka tubuh akan kuat...

Sedekah mengelakkan mala petaka selain menyuburkan harta dan diri...

Solat jamaah (Jumaat dan lima waktu) tidak akan menyebabkan virus itu merebak walaupun kita berkumpul serta duduk berdiri dalam keadaan amat rapat (tidak sah solat jamaah jika sof tidak rapat)...

Baca al-Quran kerana itulah doa ("jampi mentera") yang paling hebat! Bukankah al-Quran itu kalimah2 Allah? Apakah ada kalimah lebih baik dari al-Quran?

Disamping semua itu... amalkan madu asli. Nabi s.a.w bersabda maksudnya "Sesiapa menjilat madu tiap pagi maka ia selamat dari racun dan sihir..."

Selamat beramal!

Salam hormat
Http://www.drbadrulamin.blogspot.com

Isnin, 17 Ogos 2009

Semangat Merdeka.................





Tanggal 31hb Ogos 2009, genaplah 52 tahun kita merdeka....
Semalam barisan guru-guru SMK Ulu Kinta bersama-sama pelajar2 berarak sempena program sambutan kemerdekaan tahun ni....
Sambutan setiap tahun berbeza dan kali ini, perarakan dibuat dengan kain sepanduk sekali.....cume kali ni cikgu2 xdpt jalur gemilang...maklumlah, perbelanjaan berhemah skang ni...jdk bajet untuk jalur gemilang xde.
So far, walaupun program nampak gah namun realitinya, sejauhmana kesedaran rakyat terutamanya dari kalangan pelajar sekolah menghargai kemerdekaan dan keamanan negara..
Melihat kepada situasi yang berlaku skrang ini, sekiranya kita sendiri dan kerajaan tidak membuat sesuatu..akan runtuhlah akhlak dan kemajuan yang dibina selama ini....aku takut sekiranya perkara ini berlaku...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Hasil Kerja Karni....




Tiba2 lak Karni menjadi topik entri aku kali ni....
Sdg aku sdg gigih mendelete segala gambar yang ada pd henpon kesyanganku, tibe2 aku terpandang pada imej yang cukup menarik hati.
Ari rabu yang lepas, aku terjumpe proposal Karni yang aku rasa sgt menarik dan kagum..
Karni, pelajar orang asli Tingkatan 5 Melur...walaupun agak aww.. yang melampau tetapi ada sesuatu yang boleh diketengahkan..
Kebanyakan pelajar orang asli kurang maju dalam pelajaran dan agak ketinggalan berbanding yang lain. namun, bile melihat hasil kerja karni aku rasa sebenarnye pelajar orang asli mempunyai potensi yang tersendiri yang boleh diketengahkan..
walaupun banyak kesalahan ejaan dalam proposal Karni, namun aku tabik pada Karni yang mampu berfikiran jauh....aku harap Karni berjaya menjadi pereka fesyen yang berjaya...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Aku Tak Mau Menjadi Seperti Itu......

‘Tak mampu sara ibu bapa’

Oleh Ziauddin Sharuddin
(Sharuddinbhnew@bharian.com.my )

SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya. Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43. Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.
Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan bapanya. Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana. Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama. Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu. Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif. Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu'.
Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090121234005/Article/index_html

Apa yang akan anda lakukan kalau anda jumpa anak kepada warga emas ini a.k.a Raja Suzana???

a) Hentam dia cukup2

b) Sekeh kepala dia

c) Gadai rumah dia

d) Pencalonan untuk Anugerah Idola Anak Derhaka / Tak Mengenang Budi ....dan seangkatan dengannya..

e) Semua di atas

Aku rasa nak debik2 je minah ni dgn suami dia.....satu kisah yang menjadi pengajaran kepada semua...

ScRapBook Ku.............






Skang ni aku dah ade hobi baru...buat scrapbook...wui, aku jadi gile sampai nak buat bende lain pun malas...heheh... Bapak kepada anakku a.k.a suami tersayangku dah pandang semacam sambil mengalunkan kata2 sindiran manja padaku...weheheh

Situasi Malam Tadi....11.45 mlm


"Aii...takkan x siap2 lagi keje kat skolah sampai nak bawak ke rumah....???" Aku senyum menawan je la masa tu.....hehehe....

"Ibu...x siap lagi ke scrapbook ibu tu.....(sambil menenyeh-nenyeh matanye )"
Haleeda pulak tiba2 je kat sbelah aku..tergezut tahap terkejut tul...

Sian pulak kat si kecik ni, at last terpakse le stop.... Malam tadi aku tido bermimpikan scrapbookku....heheh

weng betul la.............

Khamis, 13 Ogos 2009

Pagi Jumaat....


Hari ini aku memulakan tugas di sekolah dengan menuju ke kantin...heheh aku rasa mcam dah bertahun x gi kantin pepagi bute ni..kat situ adalah kak ju, kak pisoh, kak ira...ina...ramai gak...hahah, seronok gile babeng rasanye.. Cite pasal smalam antara Orang 1 dan orang 2 (smalam punye cite) menjadi topik hangat kami..wui..mcm biasa, kalo gosip memang syok..sedar x sedar, tibe2 bacaan yaasin dah nak mula...
Tibe2 harjit muncul kat kantin,

"Zaleha, kereta u lampu x tutup la....." "Ye ke????"
Lantas aku pun terus bergegas ke keretaku...nasib baik lampu aku terbukak.....kalo idak mesti aku terlepas baca yaasin dan terus mengumpat orang...:P....alhamdullillah................