.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
dah lama gile babeng aku tak menulis kat blog ni..
kali ninak bercerita tentang hobi aku yang x berapa baru...tapi dah macam gile skang kat bende tu..tak lain tak bukan iaitu membuat kad...
heheh...aku suke betul buat keje2 ni..tambah lagi ade geng sekepala yang leh bg idea gile....
ok..sudi2 kan lah melihat kad2 hasil kerja kaki dan tanganku....ni la first time aku tunjuk kat kengkawan...rspon yang sgt positif...hehe..sungguh teruje!!!
cume kat ipoh ni, susah nak jumpe kedai yang jual bahan2 nak wat craft...so bahan nak buat kad terhad..tapi x kisah...yang penting...KITE ENJOY!!!!!
Rabu, 16 September 2009
My Lovely Handmade Card.....
Selasa, 1 September 2009
pagi yang menDuNg....
Dah lama x update cite kat blog nih...di samping kesibukan untuk mengorganise majlis persaraan bos, smpat gak aku menaip sesuatu kat sini....
Tadi sempat berguru secara jarak jauh dgn usu mcmana nak ubah template blog aku....ade banyak lagi kalo nak explore, cume kekangan masa dan tenaga tidak mengizinkan aku berbuat demikian..
pasni aku nak letak bende2 alah yang lain...hahaha...cnfirm kalah blog usu..anyway kredit to usu...hahah...
Ada lagi satu keje x setel hari ni...mengcopy edaran utk meetng sok...banyak gile punye kertas. Tadi pun dah ramai kengkawan yang bersungut sebab dpt tugas untuk majlis persaraan...tapi nak wat camne, program x jaln kalo aku dgn kak ju je yang buat keje...wahahaha...
sok birthday suami tersayang...xtau lagi nak belikan ape untuk abang...tapi rasenye beli kemeja kot...leh pakai sampai 4o tahun....hahaha...
lepas ni kene call kak ju...minta dia teman g jusco.......hehehe....
Jumaat, 21 Ogos 2009
Majlis Perpisahan En. Jaafar a.k.a Abg Jeff
Arini merupakan last day sbelom cuti pertengahn penggal...yooo...sok cuti..
smalam x smpat nak tulis sbb sibuk nak mgexplore cara nak menggunakan craft kit yang aku baru cekau dari JJ berharga RM300...mahal siot...tp aku x kira, aku nak jugak...
Pagi tadi suasana agak mendung ala-ala winter sonata dan berlaku adegan drama swasta di hadapan dataran kejat SMK xxxx.....
Aku xlh tahan betul kalo ade adegan yang melibatkan ayer mata...mesti kalah punye.
paling tak tahan waktu Cikgu Jaafar a.k.a Abg Jeff buat ucapn perpisahan....berjejeran air mata, tambah lagi waktu bagi amant kat f6....aku dah banjir tahap kritkal waktu tu. ditambah pulak dengan lagu-lagu yang ala sendu dan senduk....menyentuh jiwa dan raga...xboleh blah rasenye. dah xdelah orang nak panggil aku Opah Ude, satu2nye manusia yang berani memanggil aku Opah Ude ialah Cikgu Jakpor...waaa....dah xde orang lagi nak panggil aku macam tu..
Walaupun aku jadik penyelaras program, tp yang banyak main peranan ialah cikgu nuar, kalo dia xde, sure suasana x jadi sayu macam pg tadi....
aku memang surrender kalo bab2 yang berkaitan dengan air mata ni...2x5 dgn kak pisah dan kak ju...hahah, kalo la ade orang nak upah kami nangis...hubungi kami di talian 012345678...heheh
Dicatat oleh Aku Yang Pemalu.....:D di 8:41 PG 0 ulasan
Label: aktiviti sekolah
Selasa, 18 Ogos 2009
Dapat Tugas Baru....
Entri kali ni nak cite pasal tugas yang br aku dpat isnin yang lalu....kebetulan kak pisoh mintak bahan untuk membina minit mesyuarat...aku pun terus online kat meja kak shida, sbelah dgn kak jue....nasib baik kak jue xde, kalo idak sure bergegar tahap nak runtuh bilik guru nihh...
ha, balik ke topik entry, kat kepala yang dah weng ni, ada banyak perancangan nak buat sempena persaraan bos nanti...serupe macam wedding planner la pulak..haha..lepas dapat tugas dari penympan mohor besar raja2 ulu kinta a.k.a Cik Li, aku membuat langkah proaktif menyervey segala mak nenek berkaitan dengan majlis persaraan pengetua...
adalah beberapa idea yang menarik hati untuk diketengahkan...sure gempak gile mase tu..
Idea I
Buat pelamin untuk bos bersanding dengan isteri tersayang dia....
Mesti ada orang kata 'Dah buang tebiat ape orang tua nih....'
tapi, tu baru idea kasar.....tgk la nanti...jgn sampai pelamin anganku musnah pulak.... :D
Idea II
Konsep melayu + zaman pendekar
Naik tandu diiringi dengan budak2 silat dengan tombak..
tapi larat ke budak2 nak angkat nih....
Idea III
Buat biasa2 jer...tapi mesti bos terasa punye....aku tak sampai hati pulak
Idea IV
Aku akn mintak seberapa banyak idea dari kengkawan yang cukup terkenal dengan kehandalan mereka.....mencipta suasana dan moment yang akan diingati bos sampai bile2....
Idea V
Aku rase nak sewa je keta kude, atau keta lembu nak bawak bos masa nak send off...huhu...mantap. jgn sampai lembu atau kude terberak kat jalan udehle....
Ada banyak nak kene mule ni...dari step membentuk jawatankuasa sampailah habis...yg pasti aku akan membentuk jawatankuasa dari kengkawan yang mudah untuk aku berbincang...sure kak jue akan in charge bhgian jamuan VIP.....tetap dan berpencen...hehehhe
Ina pulak dah sukarela nak bahagian door gift, siap mintak letak nama kak pisoh......hahahah....cdgn door gift, bg kek comel kat VIP...ha, boleh dipertimbangkan....kalo ada usu ni mesti lagi happening...waaaaa...rindunye kat dia.....!!!!!
Cikgu nasir, aku nak bagi bahgian hiasan dewan dan pokok2...mesti cantik gile babas ari tu. mc pulak aku nak bagi nuar...pakar dalam bidang2 yg mcm ni...x sume org leh jadik mc untuk majlis perpisahan. kalo aku jdk, cnfirm akan jd majlis riang ria pulak.
bajet????
aku x berani komen....aku menggunakan kuasa mandat yang diberikan oleh Cik Li...'xpe zaleha, buat dulu...bajet fikir kendian....' ada ke cam2...heheh
ape pun berlaku, azam aku nak buat majlis untuk bos dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang....
Dicatat oleh Aku Yang Pemalu.....:D di 9:57 PTG 0 ulasan
Label: aktiviti sekolah
Cara Yang Betul Makan Buah-Buahan...
CARA YANG SALAH
Kebanyakan daripada kita makan buah sebagai pemanis mulut atau ‘dessert’ selepas makan menu utama seperti nasi atau roti. Tekstur buah yang lembut menjadikannya senang dihadamkan berbanding nasi, daging, roti dan makanan lain yang biasa dijadikan hidangan utama. Buah terhadam akan tersekat dan akan terfermentasi sementara menunggu makanan berat dihadamkan. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses fermentasi akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan jus-jus pencernaan, keseluruhan makanan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.
CARA YANG BETUL
Makan buah apabila perut kosong atau sebelum mengambil hidangan utama. Cara ini sebenarnya adalah amalan RASULULLAH S.A.W. Apabila anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, sistem penghadaman anda akan dinyahtoksin seterusnya memberikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk proses penurunan berat badan dan aktiviti yang lain.
Sebaik-baiknya anda makanlah keseluruhan buah kerana ia akan membantu proses penghadaman, mengelakkan sembelit dan menyumbangkan vitamin dan mineral kepada badan anda. Buat jus buah sendiri kerana jus di pasaran sudah diproses dengan haba dan bahan kimia. Haba mungkin merosakkan nutrien dalam buah dan bahan kimia mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.
Padanle aku slalu makan buah lepas makan....perut aku tak turun2 pun, boncit lagi ade le....
mulai kini dan saat ini, aku akan makan buah2an dulu...gile2 babas punye banyak, baru makan nasik...hehehehe....
Amalan Rohani Mengelakkan H1N1...
Berbagai panduan telah diberikan untuk mengelakkan selsema babi antaranya; selalu basuh tangan, pakai penutup mulut dan hidung, jangan pergi tempat ramai orang berkumpul, jaga jarak (dua meter) dgn org sakit (selsema, batuk, bersin), minum air kelapa muda dll...
Sebenarnya amalan keruhanian dalam Islam adalah perisai yang cukup kuat untuk mengelakkan wabak tersebut.
Wuduk lima kali sehari lebih dari sekadar basuh tangan. Dalam wuduk, kita diajar basuh tangan hingga kesiku, muka, kepala, telinga dan kaki hingga buku lali...
Solat dan zikir menguatkan hati dan jiwa... Bila hati dan jiwa kuat, maka tubuh akan kuat...
Sedekah mengelakkan mala petaka selain menyuburkan harta dan diri...
Solat jamaah (Jumaat dan lima waktu) tidak akan menyebabkan virus itu merebak walaupun kita berkumpul serta duduk berdiri dalam keadaan amat rapat (tidak sah solat jamaah jika sof tidak rapat)...
Baca al-Quran kerana itulah doa ("jampi mentera") yang paling hebat! Bukankah al-Quran itu kalimah2 Allah? Apakah ada kalimah lebih baik dari al-Quran?
Disamping semua itu... amalkan madu asli. Nabi s.a.w bersabda maksudnya "Sesiapa menjilat madu tiap pagi maka ia selamat dari racun dan sihir..."
Selamat beramal!
Salam hormat
Http://www.drbadrulamin.blogspot.com
Isnin, 17 Ogos 2009
Semangat Merdeka.................
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tanggal 31hb Ogos 2009, genaplah 52 tahun kita merdeka....
Semalam barisan guru-guru SMK Ulu Kinta bersama-sama pelajar2 berarak sempena program sambutan kemerdekaan tahun ni....
Sambutan setiap tahun berbeza dan kali ini, perarakan dibuat dengan kain sepanduk sekali.....cume kali ni cikgu2 xdpt jalur gemilang...maklumlah, perbelanjaan berhemah skang ni...jdk bajet untuk jalur gemilang xde.
So far, walaupun program nampak gah namun realitinya, sejauhmana kesedaran rakyat terutamanya dari kalangan pelajar sekolah menghargai kemerdekaan dan keamanan negara..
Melihat kepada situasi yang berlaku skrang ini, sekiranya kita sendiri dan kerajaan tidak membuat sesuatu..akan runtuhlah akhlak dan kemajuan yang dibina selama ini....aku takut sekiranya perkara ini berlaku...
Dicatat oleh Aku Yang Pemalu.....:D di 9:04 PTG 0 ulasan
Label: aktiviti sekolah

