Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 10 Ogos 2009

Pagi Yang Ceria....


Hari ini Nani dan Haleeda bangun pagi mengalahkan ibu dan ayahnye...misi hari ini ialah mereka akan membuat lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands..Memandangkan wabak selsema...babi dah semakin mengganas, keputusan membenarkan nani dan ida mengikut lawatan prasekolah merupakan keputusan yang paling berat diambil oleh kami..namun, pengalaman yang akan dikutip tak sama kalau pegi sendiri...maka, dengan kuasa veto dan kasih sayang yang melimpah ruah pada anak-anak, malam tadi dengan usaha bersungguh tanpa mengenal penat lelah...terpaksa meredah farmasi di Bercham Raya dan Bercham untuk mendapatkan bekalan topeng.....nasib baik batman xde topeng keselamatan tu, kalo idak tentu abih juge.


Seronok melihat keseronokan anak-anak bile nak pegi rombongan, teringat pulak zaman kecik2 dulu masa nak gi lawatn che kiah ke kl....x tido malam sebab takut tertinggal bas..hahah...tp yang x syoknye zaman waktu kecil x tahan naik bas, mabuk dan di akhiri dengan demam selama seminggu...nasib baik anak-anak x ikut...hehehehe


H1N1 ada di mana2...wabak pandemik yang terus mengganas skang ni...xtau apakah musibah yang tuhan bagi ini akan berterusan menjadi lebih buruk lagi...hanya tuhan yang tahu..ape pun, aku sentiasa mengharapkan agar seluruh kaum keluarga dan rakan-rakan taulan tidak terjejas dengan selsema babi ini....mudah-mudahan...


0 ulasan: