Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 29 Ogos 2010

Informasi Pembedahan Caesarean

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?

Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency) atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses bersalin.
2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).
3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.
4. Kedudukkan bayi songsang atau melintang.
5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.
6 . Bayi terlalu besar.
7. Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..

Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;
1. Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2. Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan. Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbang terdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita. Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan.

" Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim. Pil vitamin dan logam yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu. Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah. Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah. Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut. Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun. Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ? misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratusSebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya. Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi. Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal? Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean. Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan. Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound. Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar. Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean. Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?

Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja. Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau bubah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali. Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri. Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.

info dari : www.hamidarshat.com/content/view/70/218/

Sabtu, 21 Ogos 2010

polymer clay pulak dah...

semalam ke craft workshop...tetibe berkenan dengan polymer clay plak....terbang duit aku rm101.80...huhhuhu...

kualiti gambar yang kureng sket....felt + polymer clay.....ok gak...cubaan pertama membuat bookmark...
bunga pertama dari polymer clay...ok la...pasni nak buat teddy bear plak...

hp case utk kak deli...

ni plak hp case utk nani.....

pasni mesti sibuk plak nak buat polymer clay craft lak.....nani dengan haleeda dah sibuk bertanya bile nak buat kraf tu lagi.....huhuh....banyak bende lain nak buat nak oiiii....esok2 pulak lah ye....

Rabu, 18 Ogos 2010

Kambing vs Ayam......

Pada suatu hari, telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman . Tiba di kediaman , pun menyapa sahabatnya itu.

: , pekabo?

: Baik. Wah,. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

: Tapi kan , macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki , kan?

: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya… ..

: Apsal pulak?

: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak…

Ni lawak lain plak

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban dan sebuah reban .. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.

: Apalah kau ni … Baju ada tapi berkaki tak
malu ke… . kah kah kah
: Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu
pa. kah kah kah

: Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
: Lazat pun bukan boleh buat korban…

: Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
: Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun
sekali.. hebat apakebendanya.
: Aku hebat… .. yahoooo
: Aku hebat … . yahoooo

Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh… tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata… .. Ha… . sekarang sapa yang hebat..!!

.....aku dapat cite ni kat blog mane ntah.....syok jugak sesekali baca bende lawak nih...!!!!

Selasa, 17 Ogos 2010

In Progress.....

untuk si kembar lily dan lala...adik kepada anak muridku.....

order dari kawan mahni.....student master upsi...

ni pulak kak adelina punye.....lupe plak nak tampal burung dan button segala bagai...

najihah punye...kawan mahni....

huhu...sekarang ni cume proses nak memasang zip sahaja....pastu leh la diposlajukan kepada orang2 yang berkenaan...terima kasih atas sokongan anda!!!

al-fatihah buat Ustazah Seti Rafeah......

Al-fatihah buat sahabat sejati Ustazah Seti Rafeah Ramli yang telah kembali ke rahmatullah semalam...bersamaan 7 Ramadhan.....semoga allah tempatkan kak seti di kalangan orang2 yang beriman....

sampai skang masih teringat2 lagi kenangan bersama arwah...seorang sahabat sejati...seorang wanita yang mmpunyai sifat keibuan yang sangat tinggi....
oklah...xleh tulis banyak2.....sedih la.....

Isnin, 16 Ogos 2010

Perkembangan Kandungan Minggu Ke 29 hingga 40..

Entri kali ni bersifat ilmiah sikit..hahah...selalunya asyik menghapdet cerita pasal felt kraf je...actually dah tak sabar nak bersalin...hheheheheh (muat turun dari mengandung.com)

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama
Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)

ni sebab kandungan aku dah masuk 32+ minggu...

Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

Sekian.


haaa...harap2 aku dapat menjalani kehamilan terakhir ni dengan sihat sejahtera.....pasni dah tak boleh nak merasai pengalaman mengandung lagi....ape2pun syukur alhamdulillah kerana tuhan dah memberi kesempatan kepada aku merasai pengalaman melahirkan anak ke dunia....tak semua wanita diberi peluang sebegini....
lepas ni pulak nak masukkan maklumat berkaitan kelahiran secara caesarean....huhuu....saspennye nak tunggu hari bersalin.....

Rabu, 11 Ogos 2010

Beg punjut untuk ibuku......

ni beg punjut untuk mak......minggu ni balik kampung nak bagi kat mak....heheh

ni farah punye.....student upsi...harap2 dia berpuas hati...

ni pun student upsi punye gak......anum punye....anyway many thanks to mahni sbb tolong promote pencil case kite...heheh

Ahad, 8 Ogos 2010

Bookmark merangkap keychain.....

tibe2 aku jatuh cinta dengan felt hitam....sbb macam2 oleh aku reka kat atas bende alah nih...hehe...
mule2 nak buat keychain, tapi bile masuk dalam buku, sesuai pulak buat bookmark....apepun, bookmark merangkap keychain ni akan selamat diposlajukan ke paan untuk dijual di gerainya...
pagi tadi kak shida sempat membelek dan berkenan dengan bende alah nih....terus dia order...design lak sesedap rasa...best betul bile ade kastemer yang cenggini.......tq kak shida....

tu je entri kali nih.....chow chin chow...

....berita sedih.......baru dapat berita tentang keadaan kak seti rafeah (bekas guru kanan kemanusiaan)...sekarang ni dalam keadaan yang sangat tenat akibat kanser....sedih betul bila dengar keadaan kak seti yang macam nih..kalau aku x prgnnt, mesti aku dah tgk kak seti kat spital skang.....
moga tuhan ringankan beban kesakitan yang ditanggung kak seti.....

Sabtu, 7 Ogos 2010

Siap Dah!!!

Broadband di tahap kelembapan yang tinggi meybbkan aku agak kurang rajin untuk mengapdet gmbar kraf felt yang aku dah buat....
minggu ni aku bertungkus lumus menyiapkan keychain untuk dijual di gerai paan...hmmmm....untuk anak murid tersayang, xpe laaa.....(dengar tu paan!!!)
Gambar atas...si bintang kuning.....ada 2 bijik mata je..heheh


Ni pulak...love...berdua lebih baik...kak ude buat 2 bijik je paan ye.....


Ni pulak rama2 dan sepupu masing2...


Si owlies yang nakal....6 jahanam...


Traffik light................

gambar banyak lagi....sok kite apdet lagi ye...!!!!

Isnin, 2 Ogos 2010

Menyiapkan produk untuk si paan......

Minggu ni tgh bz gila babas untuk menyiapkan produk utk juala gerai paan di UMT...hmmm...konon2 nak tolong paan banyakkan bende jualan untuk gerai dia la nih...heheh....
cume masa agak suntuk menyebabkan aku agak terkejar2 untuk membanyakkan bahan jualan..disamping menyiapkan segala kerja2 dan laporan yang tertangguh sebelum aku cuti bersalin sampaiiiii hujung tahun nanti...hehehe....(aku cuti lepas raya...pastu sambung sampai cuti sekolah...)...huhuh.....gile punye cuti....
keychain yang aku jual sempena hari caely kat kem pga....perkembangan ok gile2 punye...mgkin sbb orang ipoh tak penah lagi jumpe keychain felt kat sini...heheheh....
apepun, gambar aku x sempat nak upload untuk kali nih sbb sengaja lupe nak bawak kamera YB suamiku....lagipun beg cinonet yang aku buat untuk mak tak siap2 lagi sampai skang nih..tu yang kurang bernafsu untuk menghapdet gambar2 kraf yang aku buat...

huhu...aku ade banyak lagi keje nek kene buat nih.............kene stop sekarang juga...titik!!!