Jumaat, 27 Mei 2011

Musim Orang Kawen Kini Kembali...!!!

gambar di atas :
aktiviti quilling craft bile tengah lapang....actually ini bookmark yang dibuat untuk contoh peserta Bengkel Kraf untuk program Latihan 1Malaysia minggu depan...

bile musim cuti sekolah bermula...banyak gile undangan majlis walimatulurus...huhu...rase macam tak terkejar je nak gi kenduri..
kad di atas ni untuk majlis perkahwinan azreen dan nurul...selamat pengantin baru!!!

ni pulak tempahan dari dr.edy...

kad ni pulak untuk Salim Khan dan Fazliana...semoga berbahagia hingga akhir hayat...

ok, sok bermulanya cuti skolah...yeay!!!!!selamat bercuti!!!

Selasa, 24 Mei 2011

created by me, che no, munirah, nini dan syahirah!!!!


2 hari mengerjakan kad besar gedabak nih...hahah....terpaksa mintak bantuan che no dan juga nini, nunirah dan syahirah nak gulung kertas...huhu..nak terbuntang mata mengerjakannya....akhirnya siap jugak.....cuma nak sambung2 board tu je...(masa ni che no jadi tukang tangkap gambar...)


tak sabar nak bagi masa sambutan hari guru peringkat sekolah nanti.....terima kasih buat KGKT sekolah sebab sponsor kad nih...!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

order dari azwana ku sayang...:D...

order dari ana....sarung hd...

ni pulak bekas pensel tempahan dari ana...ada 8 bijik semuanya...

ni sarung hd ana...(belah belakang)

tak leh tulis byk2...liya tgh meragam.....huhu....

Khamis, 19 Mei 2011

doodling time!!!

masa untuk menconteng...
seperti biasa..aktiviti dilakukan semasa mendengar taklimat semasa mesyuarat...konon2 tekun mencatat apa yang ditaklimatkan...:D.... (tgh xcited menggunakan pen sharpie yang dibeli dari giant...ada 12 warna...heeee...)

yang ni pulak...terjumpa kalendar lama zaman p.ramlee....ubahsuai kalendar menjadi sudut menconteng untuk kanak-kanak riang...bulan Julai....(bulan lahir haleeda...)

ni pulak buat untuk bulan Jun....

kad hari ini......kad terima kasih untuk VIP yang akan merasmikan prgram sekolah.....(che nor tukang pegang kad....)

ok...sambung sok.....nak kene jaga suara skang ni..tak leh ngilai2....sabtu ni kene jadik mc..so best of luck untuk diri sendiri!!!!

Isnin, 16 Mei 2011

selamat hari guru!!!

frame untuk cikgu lina....


ni pulak frame hadiah untuk cikgu irfan...

selamat hari guru!!!!!
hari ini tak boleh tulis banyak2...banyak bende nak buat!!!
lupe pulak nak tangkap gambar hadiah yang nani dengan ida buat untuk cikgu diorang...
apepun...selamat hari guru untuk semua guru di seluruh negara!!!!

Selasa, 10 Mei 2011

Bantuan Skuad Tambahan!!!!!

gambar di atas...ni sebahagian dari frame yang telah ditempah oleh kak shida....kak shida request nak hiasan quilling pada frame...

Hari yang sangat sibuk!!!
Sangat2 sibuk sehinggakan terpaksa meminta bantuan dari skuad tambahan demi memastikan tempahan untuk hari guru dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan...
ada 40 tempahan untuk frame hari guru..beserta dengan ucapan pada frame yang telah dideko...
progress hari ini...berjaya menyiapkan lebih kurang 30 frame....esok lak nak menyiapkan isi dalam frame lak....

ni pulak hasil bantuan dari ija, maleena, nisa, dan ainun...terima kasih semua...
ni frame yang telah ditempah oleh Kak Hapisoh untuk anak2 - hannani dan husnina...

bingkai gambar yang telah dideko....huhu.....status pelaksanaan kerja hari ini.....75% siap!!!

harap2 dapat siap pada masa yang ditetapkan.....!!!

Isnin, 9 Mei 2011

kad + ladybird + macam2 lagi...

lamanye x mengapdet cerita ceriti di sini.... gambar kat atas ni bahagian dalam kad yang ditempah oleh jijah...khas untuk boyfriend merangkap bapa kepada anak kesayangannya merangkap kawan sebilik yang tersayang...heheh...banyaknye...
bahagian depan kad lak tak sempat nak tangkap sebab dah kene bawak lari dengan jijah...eheeh...

projek minggu ni lak sibuk menyiapkan bookmark ladybird dengan rama2....tempahan untuk hari guru....(sempat pulak deme menyorok dalam kotak kasut bata jijah...ahahah..)
ade lagi 15 ekor yang masih berkeliaran di sekitar sekolah...:D

sempat menyelit....dari depan...nina, nani dan ida...
ni gambar anak2 tersayang sebelum ke kedai gunting rambut amoi kat tanjong rambutan.....
nina dengan sukarela dan senanghatinye menyerahkan rambutnye kepada amoi untuk dipotong...heheh...senang cerita...

minggu lepas mengikuti bengkel decoupage...di craft workshop ipoh...sgt best!!!!ni plak yang dihasilkan semasa bengkel...hadiah untuk harijadi nani...
okeh, pasni kalo ade masa nak buat plak untuk ida, nina dan liya pulak...

sebelum terlupa....mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar yang mula mendaftar ke Tingkatan Enam Rendah hari ini.... :D

Rabu, 4 Mei 2011

.......kad......

tempahan kad pertama dari kak shida....dari anak-anak untuk abah yang tersayang...


ni lak tempahan kad kedua dari kak shida untuk abg edy dia....hehe.....harap2 suami dia x bukak belog nih..

kali ni sempat upload gambar kad je....ade banyak kraf yang dah buat, tapi memang x sempat nak share cerita kat sini...
esok (5 Mei 2011) birthday anak2 tersayang, hanani, 8 tahun dan ainina, 2 tahun...lahir pada tarikh yang sama...cume beza 6 tahun sahaja...heheh....selamat hari lahir untuk kakak dan kak chik...semoga sihat sentiasa dan menjadi anak2 yang baik dan solehah...amin...

kene stop dulu...projek menjahit bekas pensel tak siap lagi....!!!chow chin chaw...!!!