lama gile babeng dah x update bolg aku ni..dah jdk anak terbiar la pulak....
pagi tadi aku sempat jadik minah drift semata2 nak amik anak murid aku yang tersangkut kat umah untuk amik PMR....malangnye dia x dapat masuk dewan sbb ada calon yang dah keluar...
sian pulak dia...
alasannya : 'Saya x tau hari ni ada paper'
cikgu Liza : Kenapa x tanye saya...hari2 saya masuk kelas 3 siantan...kenapa x mintak je kat saya...
Pelajar : (Menangis....)
aku : Ok, xxxx...kak ude rase baik awak salin je jadual untuk hari isnin dan selasa...minta kakak kejutkan awak pagi2 tu...
Tu je la yang mampu aku buat untuk anak muridku ini...harap2 bende ni dapat jadik pengajaran untuk dia masa SPM nanti...
Khamis, 8 Oktober 2009
Tak Sempat Amik Peksa...
Jumaat, 14 Ogos 2009
Aku Tak Mau Menjadi Seperti Itu......
‘Tak mampu sara ibu bapa’
Oleh Ziauddin Sharuddin
(Sharuddinbhnew@bharian.com.my )
SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya. Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43. Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.
Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan bapanya. Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana. Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama. Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu. Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif. Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu'.
Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.
Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090121234005/Article/index_html
Apa yang akan anda lakukan kalau anda jumpa anak kepada warga emas ini a.k.a Raja Suzana???
a) Hentam dia cukup2
b) Sekeh kepala dia
c) Gadai rumah dia
d) Pencalonan untuk Anugerah Idola Anak Derhaka / Tak Mengenang Budi ....dan seangkatan dengannya..
e) Semua di atas
Aku rasa nak debik2 je minah ni dgn suami dia.....satu kisah yang menjadi pengajaran kepada semua...
Khamis, 13 Ogos 2009
Pagi Jumaat....

Hari ini aku memulakan tugas di sekolah dengan menuju ke kantin...heheh aku rasa mcam dah bertahun x gi kantin pepagi bute ni..kat situ adalah kak ju, kak pisoh, kak ira...ina...ramai gak...hahah, seronok gile babeng rasanye.. Cite pasal smalam antara Orang 1 dan orang 2 (smalam punye cite) menjadi topik hangat kami..wui..mcm biasa, kalo gosip memang syok..sedar x sedar, tibe2 bacaan yaasin dah nak mula...
Tibe2 harjit muncul kat kantin,
"Zaleha, kereta u lampu x tutup la....." "Ye ke????"
Lantas aku pun terus bergegas ke keretaku...nasib baik lampu aku terbukak.....kalo idak mesti aku terlepas baca yaasin dan terus mengumpat orang...:P....alhamdullillah................
Bengkek gile...
macam2 aku rasa bile g keje arini...dari pagi sampai ke petang ade je yang menyakitkan hati dan pandangan mata...
Situasi I - Di kantin sekolah...aku sebagai pemerhati
8.30 pg
Orang 1: Kak XXX, ni resit yang dah dibuat pembelian, saya nak bagi kat akak sbb nak claim....
Orang 2 : Eh, kan dah bagi tau masa meeting yang kene isi borang kalo nak wat klaim...mane leh bagi resit cam2 je....
orang 1 : La, susah le cam2, xkan le asyik nak isi borang je kalo nak wat klaim...kalo sepuluh kali pembelian, sepuluh kali le isi borang ...payah betul le...
Orang 2 : Kene la ikut sistem, mane leh main bagi resit je..
Orang 1 : Hei...teruk betul le...#%&8@3......
Orang 1 terus pegi ke Cik Nan membuat pembayaran sambil bising tanda tak setuju dengan sistem klaim PIBG sekolah....
Orang 2 tidak menghabiskan makanan sambil membasuh tangan dan terus keluar dari kantin untuk menahan kesabaran yang semakin hilang...
Pemerhati iaitu aku mengalami rasa sakit hati yang teramat sangat melihat sikap dan tingkahlaku Orang 1 yang sangat kurang ajar pada Orang 2...aku bengkek gile masa tu....
Situasi II - Kat Bilik kaunseling (Pengurusan & Pentadbiran)
1.30 ptg
Orang 3 : Hai Ude....
Aku : Hai..
Orang 3 : Eh, mane ye borang pengesahan menjalankan sesi???
Aku : Ada dalam laci kat tepi tu, semua dah ade...cube tgk dan bukak
Orang 3 : Eh, mane de...x macam borang ni pun...
Aku : Cube tgk betul2, kan kat tepi tu ada label..tgk je la...
Orang 3 : I rasa dah habis la....nampak gaya xdpt le I wat sesi ari ni..
Aku : Kalo dah abis borang tu, cube la u buat note sikit bagi kat ckgu dia...
Orang 3 : xpe la...
Aku : Ok, I think u patut baca dulu fail meja ni, nanti u faham proses kerja kat SMK xxx ni...senang skit kalo u nak gune borang2 yang ada...(sambil menghulur fail meja)
Orang 3 : Ni ke???(sambil mennjuk pada fail meja yang ada...) macam nak baca tesis je...susah le macam ni....
Aku : (aku dah mula bengang... sambil menekan henpon nak contact D...)
orang 3 : (Muke x siap...dan terus keluar meninggalkan beg nye...)
tiba2 aku teringat yang VJ mc harini....macamana aku nak kunci bilik, takkan aku nak kunci beg dia dalam bilik aku yang cantik ni....
aku terpaksa cari minah tu kat merata2 tapi aku x jumpe dia...cepatnye minah tu lesap...
dah dekat 20 minit aku cari dan x jumpe, aku mengambil keputusan drastik menyingkirkan begnye dari bilikku ini.........bile aku angkat beg dia..mak aiii...bau yang xdpt digambarkan dengan jiwa raga dan perasaan, yang pastinye aku xnak hidu bau tu lagi.....
beg dia aku tumpangkan kat meja xxxxx....pandai2 la dia cari....
bengkek betul la dgn dia hari ni....
Selasa, 11 Ogos 2009
Mampukah Aku Jadi Rakyat Yang Baik????
Skang ni aku sedang menonton filem Hati Malaya...kebetulan buat program BTN dengan student form4, tumpang sekaki lyn filem nih...persepsi pertama...mesti bosan gile thp lembap cite ni, tambah2 lagi filem Shuhaimi Baba...tapi bile dah tgk...tiba2 berbagai2 perasaan timbul..smangat cintakan negara dah semakin membuak2....hahahahaha.......
bile difikirkan balik, apa yang aku dah lakukan untuk negara selama ni jika dibandingkan dengan perjuangan yang dilakukan oleh pejuang kemerdekaan..betapa mereka menghabiskan tenaga dan berjuang ke arah kemerdekaan hingga ke akhir hayat..
Kemerdekaan tak semudah yang disangkakan..mengekalkan keamanan juga tidak semudah dalam mendapatkan kemerdekaan....aku berharap agar kemerdekaan akan sentiasa berkekalan.
apa yang aku harapkan agar remaja-remaja, pelajar-pelajar sekolah menghargai apa yang diperolehi sekarang ini. kalau tuada pengorbanan mereka, maka kita tidak berada dalam keadaan yang seperti ini...
Sabtu, 1 Ogos 2009
Kebuntuan Melanda......

Dari malam tadi aku bertungkus lumus mengarang karangan untuk borang Guru Cemerlang..xsangka, dah tua2 ni pun kene mengarang gak..dgn gaya yang paling skema dan menarik hati...buntu gile wei...idea banyak mencurah2 tp aku xde skill nak mengayat dgn tujuan mempromosikan diri sendiri...aku bukan macam tu weh...(ye ke???? :P)
dan kini dan saat ini juga aku masih x mampu nak menghabiskan dua karangan 500 patah perkataan tu. nasib baik aku dah jdk cikgu...kalo le aku masih skolah ni, cnfirm karangan aku tinggal nyawa2 kucing je...
nasib baik smalam dpat dwnload borang dari kak ju..kalo x, jenuh jugak le nak menulis..wahaha...memang malas tahap x ingat betul la...aku dgn kak ju skang dah gile nak isi borang..ape je permohonan main isi je...kalau satu je kene pun jadik le...aku suke isi borang tp bile dah nak mengarang ni aku dah mule cuak, rasa mcam nak upah kak pisoh untuk mengarang untuk aku la pulak, dgn penuh gaya dan keanggunan...heheh....
apepun berlaku...aku x kira......aku kene siapkan gak malam ni...AKU BOLEH LAKUKAN!!!harap2 la.......


