Selasa, 26 Januari 2010

AADK buat operasi...!!!!

Hari ni agak sibuk sikit untuk menguruskan program PPDa....PPD Kinta Utara datang untuk membuat urine test pada pelajar-pelajar SMK Ulu Kinta...
Mula2 memang agak kelam kabut sebab pihak sekolah hanya menyediakan 26 orang sahaja sebagai sasaran...tapi last minute guru disiplin menambah pelajar sehingga 100 orang...
Aku memang tak berkenan langsung dengan arahan pihak PPD Kinta Utara yang mahukan penglibatan kaunselor dalam program ni...
bukan bermaksud aku lepas tangan, tapi aku tak mahu salah anggap berlaku di kalangan pelajar2 terhadap guru-guru kaunseling di sekolah ini..
jenuh juga menyakinkan pelajar bahawa bukan kaunselor yang memberi nama pada AADK ni...
alhamdulillah, program berjalan lancar....urine test pun telah dilakukan..cume ape yang menyedihkan ada juga pelajar yang didapati positif ganja dalam ujian ini....apepun kite akan membantu pelajar ini sedaya mungkin....

0 ulasan: