Khamis, 14 Januari 2010

Nani dan Ida Bersekolah Semula...


Hari pertama nani kat kelas.....
Kali pertama menghantar anak ke sekolah....perasaan sbagai seorang ibu...seronok tgk anak2 dah membesar, dah masuk skolah pun..
macam cepat sangat masa berlalu....ingat lagi masa menyambut kelahiran nani... tak sedar nani dah membesar jadi anak dara.....
gambar ni di ambil waktu nani masuk kelas 1 Cemerlang kat SK Tanjong Rambutan....
percaya atau tidak, dua hari lepas tu nani mintak tukar ke SK Pasukan Polis Hutan...ape2 ntah...
apepun, nani dah selamat bertukar sekolah ke SK PPH...Harap2 dia selesa kat sana...

Haleeda pulak dah mula bersekolah kat SK PPH...masuk prasekolah...ingat lagi dialog haleeda...
Ida : Ibu...nanti adik dapat prasekolah kat SK Pasukan Polis Hutan...(dgn nada gembira riang ria...)
Aku : Yela...seronok skolah kat situ...
Ida : tapi adik risau la....kene pakai baju polis ke...kan nama dia skolah polis...
Aku : (Ketawa dalam hati....)

Itulah anak2 aku.....harap2 mereka dapat jadi insan yang berguna pada masa dpn....

0 ulasan: