dah lama dah aku buat klip kertas nih...tapi tak sempat nak snap...anyway thanks to ija sbb tlg masukkan dalam fb ija...huhu....lawa pulak klip kak ude dalam nih...heheh
Khamis, 29 Julai 2010
klip kertas....tq to ija....
Selasa, 27 Julai 2010
Ahad, 25 Julai 2010
Rabu, 21 Julai 2010
Geraham Bongsu?????!!!
Kesian kat YB Suamiku...dah berapa hari sakit gigi yang berterusan.....nak tak nak, terpaksalah ke Klinik Gigi Siti nak tgk ape dah jadi dengan giginya....
Rupa2nya dr.siti bagitau yang geraham bongsunya tumbuh separuh jalan dan menyebabkan ada jangkitan berlaku di situ...huhuhu...sakitnye!!! Dr. Siti mcdgkan supaya gigi tersebut dibuang untuk mengelakkan kesakitan berulang......macam sakit je...geraham bongsu aku pon tak tumbuh lagi nih.....
Ni dia info mengenai gigi geraham bongsu.....(Berita Harian...)
PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.
Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).
Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.
Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.
Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!
Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.
Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.
Ok...harap2 kepada sesape yang belum lagi tumbuh gigi geraham bongsu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku......(takutnye!!!!)
Sabtu, 17 Julai 2010
Tote Bag ku Yang Pertama!!!
Gambar atas :
Haleeda tak sabar2 jadik model memperagakan tote bag dia.....ladybird tuh dia yang nak letak kat bag dia....
Khamis, 15 Julai 2010
Pencil Case Utk Sedare Maraku....masih dalam proses!!!!

Ni awin punye sarung xternal hd...baru teringat nak upload kat sini...tq awin sbb tlg tag gambar ni kat fesbuk....
kakak2 dan adik2ku yang tersayang.....
ha, mesti tengah tertanya2 status pencil case anda2 sekalian.....
buat pengetahuan semua, pencil case anda sedang dalam menjalani proses pembuatan yang memastikan kualiti terjamin dan tahan lasak...heheh....
Status :
zu - aish punye dah siap, dhuwa nye lum lg....
ct - siti punye tinggal nak jahit zip ajeee...awin dan nazrul dah siap!!!!
yus - jahit zip je lagi....anisa & mira masih dlm proses...
idah - pon sama....tinggal jahit zip je lagi...
naxura - dalam proses lagi...
Kak Nor - sama gak....Ain punye tinggal jahit zip saja lagi...
Fayadh - Izey punye dah siap.....
Kak Latifah - Farah, Fira & Atie, jahit zip sahaja lagi....
Kak arbaeyah - Afaf (siap!!!), afif dan amar (jahit zip je..)
Fiza - dah siap dipos semalam!!!!
Zulliana & Ima - ntah bile agaknye kite boleh berjumpe ye...dah lama siap!!!
kepada yang lain2....harap maaf tempahan telah ditutup.......dibuka kembali awal ogos nanti!!!
Dicatat oleh Aku Yang Pemalu.....:D di 7:08 PTG 0 ulasan
Label: felt, pencil case
Rabu, 14 Julai 2010
Program Kunjungan Silaturahim PRS SMK Ulu Kinta ke SMK Tambun

(Gambar atas...)
semalam telah berlangsung program PRS iaitu kunjungan silaturahim ke sekolah berhampiran a.k.a sekolah YB suamiku...
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya aku mengamuk sakan kat dak2 prs sbb bas telah meninggalkan mereka gara2 lambat berkumpul di pintu pagar sekolah....apepun, terima kasih kepada shah yang tolong bawak bas mengangkut budak2 ni ke destinasi yang sepatutnya......
Dicatat oleh Aku Yang Pemalu.....:D di 6:18 PTG 0 ulasan
Label: aktiviti sekolah
Selasa, 13 Julai 2010
Rombongan Che Nasir Ke Floria.....
Huhu.....arini Unit Kaunseling bersama2 panitia Landskap dan Nurseri membuat lawatan ke Floria, Putrajaya......yang tak bestnya aku xleh nak ikut skali memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan......xpe la, lepas bersalin nanti ke hujung dunia pon leh kite pegi...heheh
nasib baik semalam PPD meluluskan perjalanan ke sana...alhamdulillah, walaupun permohonan yang dihantar kurang dari sebulan (sbb lambat dapat iklan...) tp semuanya berjalan lancar...terima kasih ye kak mahsuri sbb bantu luluskan permohonan...hehehh...
Cerita anak2 pulak...semalam aku telah berjaya membuat kek coklat untuk nani dan haleeda setelah 2 minggu mereka meminta aku membuatnya....haha..tibe2 rasa gembira tak terkata pulak sbb dalam aku buat jugak kek yang diminta oleh anak2...alhamdulillah....
YB suamiku akan bertukar ke sekolah yang baru....macam biasa, aku jugak mesti akan turut menyibuk mengemaskini bilik kaunseling di sekolah yang baru...tapi x pe...sbb dah biasa.....yang penting YB suamiku sgt xcited untuk bertugas di tempat dan suasana yang baru walaupun agak jauh dari rumah, yang penting, masih dalam ipoh...ok...abang boleh!!!!aku cume tolong ape yang termampu je.....
Ok...banyak kene buat hari ini.....ptg ni ada program kunjungan silaturahim PRS ke SMK Tambun....ini kali terakhir program bersama2 PRS SMK Tambun sebelum YB suamiku bertukar ke ipoh.....(sedih la pulak!!!)
berita baik untuk diriku....pencil case yang ditempah semasa hari koperasi telah siap seratus persen..heheh...pasni lak projek pencil case utk sedara maraku pulak.....
p/s : Untuk orang itu....kalau agak2 tak boleh nak baca apa saya tulis.....baik xyah baca langsung sbb cerita ini hanyalah untuk diri saya dan orang2 yang nak terima apa yang saya tulis.....ok???
Isnin, 12 Julai 2010
Projek Pencil Case lagi....
lama sungguh tak mengapdet belog ini...kamera nset rosak, jadi nafsu untuk mengapdet belog turun mendadak....heheh...
gambar di atas...mesin jahit hadiah dari YB suamiku...saje nak masukkan gambar..skang ni pun tgh bersesi suai kenal lagi dgn cik mesin nih...
Ahad, 4 Julai 2010
Dapat Hadiah Mesin Jahit!!!! Heheheh......
Kamera nsetku rosak.....x sempat lagi anto ke kedai......
berita paling gembira...YB Suamiku telah membelikan sebiji mesin jahit automatik utk aku...heheheh.....kembang sekejap dibuatnya....tanda menyokong hobi yang baru aku ceburi...
aku x penah pegang mesin jahit, apatah lagi menggunakannya....(masa kecik2 dulu aku selalu menyebabkan jarum mesin jahit mak aku patah...)
Hari ni aku menghabiskan masa berguru dengan Suria Nor cara-cara menggunakan mesin jahit...huhuhu....agak susah gak sbb dah tua2 manja macam ni baru nak mengada-ngada nak pakai mesin jahit....rupe2nye aku adalah murid tua yang agak cepat pick up dengan ape yang diajar walaupun mesin jahit di bengkel ert menunjukkan tanda2 mogok lapar dengan cara penggunaan aku yang agak kurang sopan..
pasni aku nak blajar mcmana nak jahit zip...huhu...boleh ke aku buat nih...
tempahan pencil case yang diterima sedang dalam proses untuk disiapkan...mood nina sentiasa dalam keadaan x tentu menyebbkan konsentrasi agak terganggu....apepun, anak tetap diutamakan...namun tempahan pun kene disiapkan jugak....
Pasni nak buat kursus untuk pelajar tingkatan enam...dema dah pakat ramai2 nak bukak kelas nak buat felt keychain...seronok jugak sbb dak2 pompuan ramai yang minta dengan bende2 nih...heheh...
nak kene stop dulu...
Khamis, 1 Julai 2010
Kisah Sedih di pagi Jumaat....kamera nsetku rosak....huhuhuuh....
Semalam berlangsung hari koperasi peringkat smk ulu kinta.....agak grand gak kerana menggabungkan banyak pameran dan aktiviti segala bagai yang ada....dari perkhemahan hinggalah kepada menderma dara...h...heheh......
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya membuka 4 buah gerai yang masing2 mendapat sambutan yang hangat dari pelajar2....
aku pulak terpaksa meminjam selipar kak miza gara2 melakukan aksi slide di kantin....hahahah....nasib baik kandungan xde pape sbb jatuh dlm keadaan control dan ayu gitu....(aku xnak pakai kasut keje lepas ni....nak pakai selipar je sampai aku bersalin nanti...)D dan che no sanggup turun padang bersama2 menjayakan gerai Handmade For You...alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan terutamanya di kalangan pelajar2 pompuan dan cikgu2 pompuan...

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Gerai keempat pulak....flying fox dan abseiling.....cerita sedih...aku xdpt nak snap gambar sebab kamera nsetku ini sedang mogok lapar.....huhuhu..susah betul la kalau mcm nih....nmpak gayanye tpakse meminjm kamera YB suamiku untuk snap gambar lepas nih.....
Dicatat oleh Aku Yang Pemalu.....:D di 7:02 PTG 0 ulasan
Label: aktiviti sekolah, handmade