Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 21 Julai 2010

Geraham Bongsu?????!!!

Kesian kat YB Suamiku...dah berapa hari sakit gigi yang berterusan.....nak tak nak, terpaksalah ke Klinik Gigi Siti nak tgk ape dah jadi dengan giginya....

Rupa2nya dr.siti bagitau yang geraham bongsunya tumbuh separuh jalan dan menyebabkan ada jangkitan berlaku di situ...huhuhu...sakitnye!!! Dr. Siti mcdgkan supaya gigi tersebut dibuang untuk mengelakkan kesakitan berulang......macam sakit je...geraham bongsu aku pon tak tumbuh lagi nih.....

Ni dia info mengenai gigi geraham bongsu.....(Berita Harian...)

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
news3_clip_image0011
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

Ok...harap2 kepada sesape yang belum lagi tumbuh gigi geraham bongsu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku......(takutnye!!!!)


0 ulasan: