Ahad, 7 Februari 2010

Kaunseling....Disiplin....entri sengal hari ini...

Mana lebih baik?????
Disiplin atau kaunseling????

Tibe2 entri kali ni jadi tajuk ala2 soalan karangan SPM la pulak.....
Bila tanya pada ramai student, dah tentulah ramai yang lebih sanggup dipanggil dgn cikgu disiplin berbanding dipanggil dengan kaunselor..
alasan : 'nape plak saya kene panggil kak ude....kang orang ingat saya yang
bermasalah...'
rata2 student xtau dan tak nak mengambil tahu apekah perkhidmatan yang diberikan oleh guru kaunseling kat skolah2....
bile sebut pasal disiplin....di kepala kite terbayang rotan...di mana ade guru disiplin, kat situ ade rotan. emmm....senario ni aku rase dari aku skolah2 dulu sampaila aku keje kat skolah juge, masih lagi ada...sampai satu tahap, pelajar2 dah lali dengan dendaan rotan...samada tempat yang berlemak (punggung) dan jugak yang lemaknye kurang (tapak tangan)

mengapa perkhidmatan kaunseling dikatakan kurang berkesan di sekolah....
banyak pendapat dari orang2 yang pakar dan buat2 pakar dalam bidang ni...
setengah orang kata....cikgu kaunseling buat ape la kat skolah..udahle x ngajo..budak dari teruk tambah teruk....macam2 versi yang didengar sendiri...

pandangan aku yang mewakili diriku sendiri.....
bhgn disiplin perlu bekerjasama dengan unit kaunseling untuk sama2 memperbaiki sahsiah dan disiplin pelajar sekolah...
sestgh guru disiplin gemar menghebah2kan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar sehingga satu dunia tahu keslahan yang dilakukan hatta sekecil kuman pun...itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh pelajar2 serta ibubapa sendiri...pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mereka memperbaiki kesalahan yang dilakukan...
unit kaunseling pula PERLU dimaklumkan sekiranya pelajar2 telah melakukan kesalahan supaya dapat diambil tindakan susulan....mereka perlukan bimbingan!!!!! kadang2 aku agak terkilan kerana pelajar2 dah semakin kurang bermotivasi di sekolah semata2 kerana guru-guru telah memberi imej yang buruk kepada mereka semata2 kerana kesalahan lampau...

apepun.....perkara ini perlu sntiasa dilihat dari masa ke semasa....untuk pelajar2 pulak, peranan aku sebgai kaunselor, aku perlu melipatgandakan usaha untuk terus mempromosikan perkhidmatan bimbingan kauseling di sekolah....harap2 perkara ini akan mendatangkan kebaikan kepada mereka....

hehehe...tibe2 ayat aku bertukar format plak....
ape yang penting, aku harap semua student mengambil peluang dengan ape yang ada di sekolah..zaman aku skolah dulu, kaunselor pun aku xkenal...bimbingan kerjaya ape tah lagi...sbb tu aku malap je nak buat pilihan masa lepas spm dulu....
aku xnak student aku lalui ape yang aku rase dulu.....

0 ulasan: