Selasa, 2 Februari 2010

Kenapa Aku Perlu Bersyukur.....

Ada banyak sebab mengapa aku perlu bersyukur pada tuhan tika ini dan saat ini......


  1. Aku bersyukur sebab aku masih lagi bernafas................



  2. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia....(aku ada suami yang paling hensem di dunia dan juga tiga orang anak2 dara yang comel2 belaka...)



  3. Aku bersyukur kerana masih lagi mempunyai kedua ibubapa yang masih hidup......sayang mereka!!!!!



  4. aku bersyukur kerana aku mempunyai ibubapa mertua yang sangat sporting dan memahami........



  5. aku bersyukur kerana aku mempunyai adik beradik yang sangat membantu di kala senang atau susah.....



  6. aku bersyukur kerana aku dah x malu nak cium pipi mak dan bapak aku.......aku sayang mereka....!!!!!



  7. aku bersyukur kerana aku gembira dengan kerjaya aku sebagai seorang kaunselor...



  8. aku bersyukur kerana suamiku juga seorang kaunselor....



  9. aku bersyukur kerana keretaku x pernah meragam waktu nak pergi kerja



  10. aku bersyukur anak2 muridku sentiasa senyum padaku kerana aku terlebih dahulu senyum pada mereka



  11. aku bersyukur kerana aku mempunyai ramai kawan baik di tempat kerja.....kak ira...kak ju.....



  12. aku bersyukur kerana aku bertemu dengan seorang lagi rakan yang amat rapat denganku...usu.....



  13. aku bersyukur kerana anakku..nani dah x meragam lagi ke sekolah....



  14. aku bersyukur kerana walaupun aku tidak dikurniakan lagi dengan anak lelaki.....aku dah anak 3 orang cahayamata perempuan yang sangat membahagiakan....



  15. aku bersyukur kerana aku sihat tubuh badan sehingga kini



  16. aku bersyukur kerana aku dan suami telah mempunyai 4 buah rumah seawal umur 31 tahun...



  17. aku bersyukur kerana mempunyai penyewa rumah yang tidak mendatangkan masalah...



  18. aku bersyukur dikurniakan bos yng sangat memahami...



  19. aku bersyukur kerana bilik kerjaku berdekatan dengan UK Cafe....senang nak makan....



  20. aku bersyukur kerana aku mempunyai keberanian untuk memberitahu apa sahaja cadangan dan komen waktu mesyuarat..



  21. aku bersyukur kerana laptopku dah x meragam...



  22. aku bersyukur kerana suamiku memahami kegilaanku terhadap bunga ros....(gile dengan english style!!!)



  23. aku bersyukur kerana suamiku telah menghadiahkan katil antik bertiang sempena kelahiran ainina....hadiah dari suami untukku......



  24. aku bersyukur kerana sekali sekala suami akan mengurut kakiku apabila aku kelenguhan.....



  25. aku bersyukur kerana suami sentiasa menjadikanku orang yang pertama dalam hidupnya.....



  26. aku bersyukur kerana keluarga mertuaku hidup bersama2 denganku...



  27. aku bersyukur kerana keluarga iparku serta biras sentiasa menjaga hubungan yang baik sesama kami...



  28. aku bersyukur kerana kucingku Chincilla..dalam keadaan sihat dan gemuk....



  29. aku bersyukur kerana suamiku telah membina balkoni yang luas untukku membaca novel di masa lapang....



  30. aku bersyukur kerana aku ada bekas anak2 murid yang rapat dan sentiasa mengetahui perkembangan masing2...



  31. aku bersyukur kerana suamiku yang mengawal perbelanjaan keluarga....(kalau x...xtaulah nak ckap!!!)



  32. aku bersyukur kerana aku mempunyai tabiat ketawa..............aku suka ketawa........



  33. aku bersyukur kerana aku mempunyai anak yang sama hobi denganku...melukis dan melakar....



  34. aku bersyukur kerana aku rapat dengan adik beradikku walaupun aku jarang balik kampung....



  35. aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai ruang untuk menulis di blog ini walaupun sibuk di rumah...



  36. aku bersyukur kerana nani dah pandai membaca dengan lancar...



  37. aku bersyukur kerana aku dah tahu masak kek coklat kegemaran suami dan anak2ku...



  38. aku bersyukur kerana suamiku sangat menggemari air milo ais ku.....



  39. aku bersyukur kerana aku tahu memasak untuk keluargaku...



  40. aku bersyukur kerana aku tahu membeli belah di pasar tanjong rambutan..

  41. aku bersyukur kerana aku diberikan diskaun semasa membeli belah di pasar apabila berurusan dengan ibubapa pelajar...

  42. aku bersyukur kerana ainina dah pandai duduk dan merangkak...

  43. aku bersyukur kerana aku berkesempatan menyeterikakan baju suami dan anak2ku

  44. aku bersyukur kerana aku mempunyai tabiat gemar membaca

  45. aku bersyukur kerana aku fasih berbahasa jawa...

  46. aku bersyukur kerana aku bertugas di sekolah yang mempunyai ramai pelajar

  47. aku bersyukur kerana aku hanya mengambil masa 3 minit sahaja memandu dari rumah ke tempat kerja

  48. aku bersyukur kerana aku mempunyai team kaunselor yang sangat komited

  49. aku bersyukur kerana haleeda (anak keduaku) menunjukkan sifat berani walaupun baru berumur 6 tahun

  50. aku bersykur kerana aku masih berpeluang mencium anak2ku sebelum ke sekolah

  51. aku bersyukur kerana makanan cik nan kantin masih lagi sedap macam dulu....

  52. aku bersyukur kerana aku telah menemui kedai craft di ipoh..........

  53. hmmmmm................ada banyak lagi yang boleh aku tulis........kesimpulannya...aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada skang....perbaiki apa yang ada.....

alhamdulillah...aku amat bahagia dengan apa yang aku ada sekarang...moga tuhan sentiasa memberi kesejahteraan kepada aku, keluargaku dan semua yang berada di sekelilingku......

0 ulasan: